Saturday, December 22, 2012

Trip 4D3N Kuala Lumpur Golf Tour Pak Ridwan & teman-teman dari Jakarta.




Date : 6 - 9 Dec 2012

Itinerary;


Hari 1 :

Pak Ridwan dan 2 orang  golfer  (Pak Joni & Pak Teddy) sampai di KLIA dalam jam 1.00 tengahari. Pak Made sampai keesokan harinya kerana ada urusan yang belum selesai.Dari KLIA terus ke Westin Hotel Kuala Lumpur di Jalan Bukit Bintang untuk check in. Perkara pertama yang mahu di buat ialah makan Fatty Crab. Pak Ridwan dan teman2 saya bawa ke Taman Seputeh. Mula-mula kami cuba cari lokasi Fatty Crab yang ada kolam sebelah restoren, senang nak buang sisa crab tapi di fahamkan restoren tu dah tutup.

Tak sah datang Kuala Lumpur jika tak makan durian. lagi pun masa ni musim durian, jadi saya bawa Pak Ridwan dan teman-teman ke Jalan Alor untuk makan durian. Selepas kekenyangan terus pulang ke hotel untuk istirehat.

Hari 2 :

TPGCC
Jam 7 pagi saya dah sampai hotel untuk menjemput pak Ridwan dan golfers.Hari ni nak Tee off di Templer Park Golf Course.(TPGCC).Perjalanan ke sana lancar sebab kami keluar dari Kuala Lumpur.Dalam masa 30 minit dah drop bag golf. Dalam jam 2 petang baru Pak Ridwan dan teman-teman selesai semuanya.Seterusnya pak Ridwan dan teman-teman saya bawa ke Sun Hong Muk Koot Tea : Bak Kut Teh di Jalan Medan Imbi. Seorang lagi teman Pak Ridwan iaitu Pak Made yang baru sampai join sama. Selepas keletihan  Pak Ridwan dan teman-teman ke Spa Mid valley Cititel Hotel. 2 jam kemudian saya hantar Pak Ridwan pulang ke Hotel.

Hari 3

KLGCC
Hari Sabtu selalunya trafik ke bandar Kuala Lumpur lancar. Jam 7.30 pagi baru saya menjemput Pak Ridwan dan teman-teman untuk tee off di Kuala Lumpur Golf Course (KLGCC). Seperti semalam jam 2 petang baru semuanya selesai. Pak Ridwan dan teman-teman mau pulang ke hotel kerana Pak Made ada temujanji. Cuaca di sebelah petang sudah beberapa hari hujan dan dalam jam 5 petang saya hantar Pak Ridwan ke Restaurant Argrntina Steak House Jalan P. Ramlee.
Meladeni Pak Ridwan & teman2





Pak Joni mahu makan durian lagi di Jalan Alor. Saya hantar Pak Joni ke Jalan Alor dan mereka pulang ke hotel selepas kekenyangan.



Hari 4

SAUJANA GOLF
Pagi ahad jam 7.30 pagi agak kurang sibuk di Jalan Bukit Bintang. Pak Ridwan dan teman-teman sudah selesai sarapan pagi dan bersiap untuk check out. Selepas sudah pastikan semuanya telah diletakkan di dalam kenderaan, kami terus ke Saujana Golf untuk tee off di Bunga Raya course. Selepas semuanya selasai, saya terus menghantar Pak Ridwan dan teman-teman ke KLIA untuk menaiki pesawat MH 725.



Diharapkan Pak Ridwan dan golfer yang lain gembira dan berpuashati dengan package dan servis yang telah disediakan. Semoga ketemu meneh yea pak.




Dengan Kerjasama : 
Alliandy Golf Travel Arranger
Senimix Sdn.Bhd






No comments:

Post a Comment